Thursday, December 31, 2009

cerita cuti sekolah...

Assalamualaikum dan apa khabar...rasa macam dh lama sangat aku tak update blog...hari ini dan masa ini aku ingat aku nak tulis cerita-cerita time school holidays.Sebelum itu aku nak ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru...So,apa azam anda tahun ini? azam tahun lepas dh tercapai belum...ok lah...aku sebenarnya sahaja mahu cerita time school holidays yg dh nk berakhir lagi beberapa hri ini...Cuti sekolah aku pada tahun ini best lah juga.....time cuti sekolah aku dan mak aku pergi KL tengok teater natrah...(aku tak masukkan gambar,kalau nak tengok gambar,tengok di facebook).Sememangnya memang seronok teater itu...dan pada malam itu aku memang happy sangat dapat pergi tengok.Cerita yang kedua aku dan family aku semua pergi kelantan dan ipoh sebab pakcik (belah ayah aku) kahwin.Sebelum tu aku pergi kelantan dulu belah perempuan kemudian aku dan family aku semua pergi ke ipoh pula belah lelaki.Memang meriah majlis pakcik aku tu...aku adalah tolong sikit-sikit...Pada keesokkannya aku dan mak aku pergi makan-makan dengan sedara mara belah mak aku .Walaupun aku bawa sekali kerja sekolah aku tapi aku tak sempat buat...aku habiskan kerja sekolah aku dekat johor bahru,di rumah aku...ok lah...nanti kalau aku x sibuk aku updatelah blog aku ni...;)